“Mereka akan bunuh kita!” Dan mimpi buruk itu terus memburu mangsa peperangan kimia Syria

MABK 1
Share

“BABA! Mereka akan bunuh kita! Mereka akan bunuh kita!” terngiang-ngiang di telinga Mohammad, suaranya berteriak, sambil meluru ketakutan ke arah bapanya, Ahmed Al-Khairah, 42. Dia, ketika itu baru berusia lapan tahun.

“Kami sedang bersiap untuk berbuka puasa ketika letupan bom kedengaran daripada pesawat yang terbang di atas kami.

Belum pernah dia melihat kejadian sengeri itu. Dia masih ingat bagaimana pesawat dilihat terbang melewati perkampungannya di Ghuota, sebuah daerah di Damsyik, Syria seraya menggugurkan bom yang menyebabkan banyak mayat bergelimpangan.

Mohammad mengimbau peristiwa yang menjadi mimpi ngeri buat beliau dan keluarganya

“Dia masih ingat bagaimana pesawat dilihat terbang melewati perkampungannya di Ghouta, sebuah daerah Damsyik, Syria seraya menggugurkan bom yang menyebabkan banyak mayat bergelimpangan.”

“Cuma tiga hari sebelum Aidilfitri,” kata Mohammad, kini 16 tahun, mengimbau peristiwa yang berlaku sekitar 2015 itu. “Kami sedang bersiap untuk berbuka puasa ketika letupan bom kedengaran daripada pesawat yang terbang di atas kami.

“Saya ingat segalanya dengan jelas.”

Serangan gas beracun ke atas Syria menyebabkan lebih 1,400 orang, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh (Sumber gambar: Google)

Bom yang digugurkan di daerah penempatan penduduk awam itu membawa gas sarin dalam peperangan kimia yang menyebabkan kemusnahan menyeluruh. Ia bukanlah serangan gas beracun pertama ke atas Ghouta yang dilaporkan mula mengalaminya pada Ogos 2013. Dilancarkan oleh rejim Bashar al-Assad pada awal perang saudara Syria yang kini memasuki tahun ke12, ia menyebabkan lebih 1,400 orang, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh.

Mohammad, bagaimanapun tidak pasti apakah dia atau dua adiknya, Rawan, 14, dan Riham, lapan tahun, yang turut terselamat boleh dianggap bernasib baik. Gas sarin menyerang sistem saraf yang menyebabkan tiga beradik ini mengalami komplikasi kesihatan yang menjejaskan paru-paru, buah pinggang, hati dan kulit, selain hilang rambut selamanya.

Masa depan adik-adik kini bergantung sepenuhnya kepada Mohammad

Kepayahan hidup sebagai pelarian selepas mereka melarikan diri daripada Syria dan menyeludup masuk ke Lebanon seolah tiada penghujungnya. Di kawasan penempatan hitam yang dikelilingi samseng di bandar miskin Tripoli, mereka yang merupakan pelarian minoriti Syria di tengah komuniti Palestin, turut menjadi mangsa buli.

Mohammad sudah tidak bersekolah sejak 2017, manakala dunia Rawan dan Riham hanyalah di dalam flat usang dua bilik mereka yang tiada bekalan elektrik itu yang melindungi mereka daripada pandangan aneh dan kata nista orang.

“Pada hari yang baik, dia yang mengutip dan menjual besi buruk, beroleh sekitar RM3.40 sehari yang tentunya tidak cukup untuk tujuh sekeluarga ini.”

Mohammad bersama keluarga

Kemiskinan benar-benar mencengkamnya sekeluarga, termasuk ibu dan dua adik kecilnya yang dilahirkan di Lebanon. Pada hari yang baik, dia yang mengutip dan menjual besi buruk, beroleh sekitar RM3.40 sehari yang tentunya tidak cukup untuk tujuh sekeluarga ini.

“Ini kena cucuh dengan besi panas,” kata Mohammad, perlahan, seraya menunjukkan lengan yang melecur dalam satu perbalahan selepas dia enggan menjual besi buruknya pada harga rendah. Di penempatan pelarian yang dikawal pasukan bersenjata parti politik itu, “siapa yang anda tahu” menjadi penentu nasib hidup.

Masa depan kabur buat Ahmed dengan keadaan kesihatan yang makin memburuk

Kondisi kesihatan Ahmed yang memburuk, terutama sejak kemalangan yang berlaku setahun lalu, menyebabkan bebanan menyara keluarga jatuh ke bahu Mohammad. Ramadan atau tidak, sama saja buat keluarga ini yang lazim berlapar kerana tidak mampu membeli walau sebuku roti.

Jadi, bukan aneh kalau mereka kadang menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa makanan.

Itu belum lagi sewa rumah AS$30 atau sekitar RM135 sebulan yang sering tertunggak dan pernah menyebabkan mereka bermalam di jalanan pada musim sejuk lalu, atau kos perubatan yang diperlukan untuk merawat Mohammad dan dua adiknya.

Mohammad buntu, sedang mimpi ngeri serangan gas kimia lapan tahun lalu terus menghantui hidupnya.

EduDream

Abdullah Reminds us that: Somewhere in the world, an orphan like him searched the garbage dumb or clothes and shoes to wear. You can help

Read More