Astro Awani: KHOM MALAYSIA Lancar Tabung Bantu Pelarian Palestin di Lubnan Hadapi Serangan Israel

Share

Kami kini memasuki minggu yang semakin mencabar, dengan pasukan kami aktif di lapangan di Gaza, Lubnan, dan tidak lama lagi di Jordan.

Apa yang sedang berlaku di Lubnan?
Pasukan kami sedang mengagihkan kotak makanan, kit kebersihan, tilam dan makanan panas kepada keluarga Palestin yang sekali lagi terpaksa berpindah akibat serangan udara yang berterusan.

Krisis Kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa lebih sejuta penduduk di Lubnan terpaksa meninggalkan kediaman mereka susulan serangan tersebut, menurut laporan Astro Awani.

Terkini
KHOM MALAYSIA telah melancarkan tabung rayuan Bantu Pelarian Palestin di Lubnan bagi membantu mereka yang kini kehilangan tempat tinggal serta keperluan asas.

Sila klik pautan ini untuk membaca laporan penuh oleh wartawan Seth Akmal disini