Kuala Lumpur: Bantuan rentas sempadan oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM) untuk penduduk Gaza berjaya dilaksanakan menerusi konvoi kemanusiaan.
Ia membabitkan 60 trak yang dikendalikan Tentera Darat Jordan (JAF) melalui pintu masuk Jordan, awal pagi hari ini.
Bantuan itu adalah kali pertama dihulurkan sejak penutupan semua laluan masuk ke Palestin oleh Israel pada 2 Februari lalu.
Pengarah Misi KHOM Nik Marina Hussein berkata, sebanyak 2,400 tan barangan seperti kotak makanan dan susu bayi dilaporkan selamat tiba di Gaza untuk diagihkan kepada penduduk di utara Gaza yang sedang dilanda kebuluran.
Anda boleh juga menghulurkan sumbangan seikhlas hati untuk penduduk Gaza menerusi menerusi pautan ini: Bantu Gaza