Harian Metro : Kotak makanan sumbangan rakyat Malaysia akan digugurkan di utara Gaza

Share

Kuala Lumpur: Sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia akan digugurkan dari udara (air drop) di utara Gaza menggunakan pesawat kargo Tentera Udara Diraja Jordan, C130, dalam tempoh seminggu.

Usaha itu dijalankan menerusi badan bukan kerajaan, Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), hasil kerjasama Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO), Childcare Charity Association (CCCA) dan Tentera Udara Diraja Jordan.

Pengarah Misi KHOM, Nik Marina Hussin, berkata, menerusi Operasi Kecemasan Airdrop Gaza, KHOM menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama negara yang menghantar bantuan secara airdrop ke utara Gaza.

Klik sini untuk bacaan lanjut di Harian Metro