Berita AlHijrah : KHOM, NGO Malaysia Pertama Laksana Operasi Gugur Bantuan ke Utara Gaza

Share

KUALA LUMPUR: Sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia akan dihantar secara airdrop ke utara Gaza, Palestin menggunakan pesawat kargo Tentera Udara Diraja Jordan, C130 dalam masa terdekat.

Misi berkenaan adalah yang pertama melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, Karisma Humanitarian Outreach Mission( KHOM) dengan kerjasama Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO), Childcare Charity Association (CCCA) dan Tentera Udara Diraja Jordan.

Pengarah Misi KHOM Nik Marina Hussin berkata ‘Operasi Kecemasan Airdrop Gaza’ itu satu-satunya pilihan yang ada bagi membantu penduduk di utara Gaza yang sedang berdepan kebuluran berikutan penutupan semua akses masuk oleh tentera Israel.

Klik sini untuk bacaan lanjut di Berita AlHijrah