Rumi Explorer: Anak Muda Tolak Tepi Rasa Malu, Ego Untuk Cari Dana Bantu Pelarian Syria

Share

MASIH muda, ada antara mereka baru mencecah usia 18 tahun namun pendedahan terhadap isu kemanusiaan mendorong mereka untuk menyahut cabaran menjayakan kempen membantu mangsa-mangsa perang Syria.

Kumpulan pelajar ini yang sedang mengikuti kursus kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris, Karisma English Explorer (KEX) telah menganjurkan pelbagai aktiviti, seawal tahun ini sebagai sokongan kepada rakan sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM) yang akan ke Jordan, Lebaran ini untuk misi Aidilftiri buat Syria.

Hampir RM48,000 berjaya dikumpul selama tiga bulan kempen, antaranya menerusi jualan di gerai makanan dan minuman di Medan Ilmu pada setiap pagi Jumaat. Selain kutipan tabung, dana juga dikumpul daripada jualan pakaian terpakai, penganjuran Charity Futsal dan kempen kesedaran ke sekolah-sekolah, antaranya di SK Islah dan SMK Zainab 1.

Bacaan lanjut di Rumi Explorer