Harapan buat Syria: Bantuan Musim Sejuk

Location
Amman, Mafraq, Irbid, Qumaym (Jordan)
Duration
September sehingga Januari (tahunan)

Menjadi pelarian bermakna penderitaan yang tidak berkesudahan. Musim sejuk adalah musim kesengsaraan, terutama bagi para pelarian di kem yang tiada sumber untuk mendapatkan kehangatan. Sungguhpun ada pelarian yang menerima bantuan dalam bentuk selimut-selimut dan alat pemanas gas, kebanyakannya tidak mampu untuk membeli tong gas bagi alat pemanas mereka. Tanpa set lengkap keperluan musim sejuk, bantuan yang diberikan adalah sia-sia.

 

Untuk memastikan para keluarga pelarian kekal hangat dan selamat sepanjang musim sejuk yang dahsyat, KHOM menyediakan bantuan lengkap musim sejuk dalam bentuk:

 

  •         Alat pemanas gas
  •         Tong gas
  •         Set lengkap baju musim sejuk
  •         Kelengkapan tidur
  •         Selimut tebal
  •         Pek makanan
  •         Kit asas perubatan dan kebersihan

 

Kami menyampaikan set lengkap bantuan musim sejuk untuk memastikan kehangatan para keluarga dan menyediakan kit kebersihan diri dan bekalan asas perubatan buat mereka yang memerlukan.

 

Anda boleh bantu menyelamatkan nyawa dengan memberikan kehangatan dan keselamatan pada setiap musim sejuk!

 

Kempen ini masih berjalan. Untuk menyumbang, sila ke bahagian sumbangan untuk Rayuan Musim Sejuk