Sebagai satu inisiatif kemanusiaan, kerajaan Jordan telah memberikan permit bekerja kepada para pelarian Syria yang tinggal di Jordan. Bagi memupuk kebergantungan diri dan berdikari, pendedahan kepada kemahiran pekerjaan menerusi pendidikan dan latihan akan membolehkan para pelarian dan mereka yang terpinggir menyara keperluan keluarga mereka.
Pusat Latihan Kraf Karisma (KCTC) menumpukan pada kursus latihan menjahit dan kraftangan bagi membekalkan para peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk mereka meneroka jalan ke dalam pasaran-pasaran relevan.
Sasaran peserta: Wanita dan gadis berusia 15 tahun ke atas
Kursus: Menjahit dan Kraftangan
Durasi: Kursus 2-3 bulan
Jumlah penerima: Tidak kurang daripada 850 pelarian setahun
KCTC akan memberikan masa depan yang lebih mampan untuk wanita dan gadis, dan membolehkan mereka bediri sendiri. Dengan memperluaskan kemahiran hidup mereka, para pelarian akan dapat menyumbang kepada keluarga, komuniti, negara yang menjadi hos dan tanahair mereka sendiri pada masa depan.